Bentuk Perubahan Pattern Biasa Dan Target Arah

Bentuk Perubahan Pattern Biasa Dan Target Arah

Salam Semua Forex/Global/Bursa Trader!

Trend atau arah adalah key elemen paling penting dalam trading! Dalam Dow Theory, iaitu Bapak kepada Technical Analysis, Trend is a key untuk kita sentiasa menang dalam trading. Elemen utama dalam trading adalah sentiasa mengikut arah trend dan tidak boleh menukar arah trend.

 

Namun, ramai terjerat kerana mungkin anda gagal mengenal perubahan trend sesuatu instrument dan juga gagal menangkap perubahan trend peringkat awal.

Menangkap Trend pada permulaan Trend adalah kejayaan utama para pelabur kerana mampu mengurangkan risiko STOP LOSS dan memaksimumkan profit yang boleh di jana.

 

Berikut adalah 3 Perubahan TREND BULLISH (Menaik) yang biasa kita jumpe pada stok atau index:

NO1 : Double Bottom

Pattern ini sangat banyak keluar di INDEX mahupun STOCK! Sekiranya anda dalam big trend menaik, dan tiba- tiba berlaku penurunan, jangan panik untuk menutup positon atau entry terus. Kita tidak di benarkan menggelabah tak tentu pasal bila ingin memasuki pasaran. Adalah wajib kita mula memerhatikan pattern seperti ini muncul.

Cara mengenal pattern ini cukup mudah. Pattern ini mempunyai 2 bahagian low yang di panggil Bottom. Bottom yang kedua biasanya Plus Minus 5% dari bottom (cup) yang pertama. Bila anda menemui pattern ini,tandakan satu NECKLINE atau puncak di tengah2 cup yang juga di kenali sebagai resistance.

Selepas resistance/neckline ini pecah,tempat ini dijadikan Support! Anda digalakkan untuk terus memasuki pasaran selepas pecah atau menunggu di kawasan neckline seperti rajah diatas.

Target profit adalah 100% jarak cup yang pertama. Sebagai contoh: kalau cup pertama jaraknya adalah 1000USD,maka market akan naik kebiasaannya 1000USD. Menarik bukan?

  1. Ada 2 Bottom (Plus Minus 5%)
  2. Break Neckline
  3. Target TP adalah size CUP PERTAMA
  4. SL 3%-5% dibawah neckline
  5. PROFIT tunjuk kat FB 🙂

 

NO 2 : CUP AND HANDLE

Dalam bahasa melayu cawan dengan tangkal, feverot aku ni.. nape? Kalau dia break ngan GAP,canak tak hingat dunia!

Bentuknya aku tak payah cite panjang, dia akan bermula dengan satu ROUND BOTTOM yang besar, dan ada satu ROUND BOTTOM yang kecik. Pendek cerita satu CUP BESAR dan satu CUP KECIK.

Sama seperti Double Bottom, kita akan entry bila dia break neckline, dan target PROFIT adalah 100% dari size cup yang besar. Makin besar CUP makin kaya laa korang. Bila jumpe pattern cam ni, please ingatkan kawan2 yang lain especially aku. CALL TERUS KALAU JUMPE,XYAH MSG2 DAH!

  1. Bentuk Round Bottom besar dan Round bottom kecik.
  2. Entry Bila Breakout. Reentry kat area neckline.
  3. SL 3% bawah neckline.
  4. TP 100% size CUP.

 

NO 3 : Inverted Head and Shoulder

 

Yang ni jangan cerita, kalau break lajunya dia terbang. REVERSAL PALING GANAS dalam sejarah reversal. Kiranya ni KEPALA BAPAK REVERSAL. Sebab tu nama head and shoulder. HAHA

Pattern ni biasanya ada 1 LOW paling extreme di kenal sebagai HEAD dan 2 Low sedikit atas kepada Head yang di kenal sebagai SHOULDER. Gambar kat atas ni adalah NORMAL Inverted head and shoulder sebab dia ada 1 kepada,1 bahu kanan dan 1 bahu kiri

Kalau ad 2 bahu kanan,kemungkinan akan ada 2 bahu kiri. Kadang2 korang akan jumpe ada 2 kepala. Ni di namakan sebagai complex head and shoulder. Pepe pun, kita akan long jgn risau.

Tandakan ketiak kiri dan kanan HNS akan membentuk satu neckline. Kita akan entry bila ada breakout dan reentry kalau ada retracement pada area neckline.

  1. Ada Head dan ada Shoulder.
  2. Entry Breakout neckline atau retracement at neckline.
  3. Target Price 100% dari size kepala . Kalau kepala besar,jauh dia pi.
  4. SL 3% bawah neckline

OK GUYS?! Semoga ilmu ini dapat di manfaatkan. Jangan lupe share supaya lebih ramai trader akan alert tentang pattern2 ni ya. Aku kena mandi dlu, bini ak ajak pergi massage! HAHA!

 

AA SAYANG KORANG,

Marubozu Traders!

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart